Wednesday, April 6, 2011

Membaca Impiana Sampai Jam 2 Pagi!

Salam. Ya, keputusan peperiksaan sudah cikgu beri. Alhamdulillah setakat ini tiada mata pelajaran yang gagal. Semua A (Ada A+, A dengan A-) kecuali Kimia yang dapat 59% haha. Apa-apapun, aku baru baca novel karya Ain Maisarah yang bertajuk: IMPIANA.




Novel IMPIANA ini merupakan novel yang boleh dikatakan novel trilogi, kerana ada perkaitan antara setiap novelnya. Ceritanya mengisahkan tentang Syarikat Impiana yang mampu merealisasikan impian sesiapa dengan apa jua cara dalam masa tiga bulan!





Ini merupakan cover terbarunya.

Cerita ini sangat menarik, walaupun thriller tetapi masih ada unsur satiranya, orang putih kata chic-lit.


Ya, saya membacanya sehingga tidak ingat dunia. Membaca habis novel ini sehingga ke larut pagi. -__-


Kadang-kadang aku rasa geram, sedih, rasa mahu menangis dan boleh jadi histeria! Di samping meremang bulu roma apatah lagi aku membacanya seorang-seorang di dalam bilik.



sinopsis: Mendaftar perkhidmatan Syarikat Impiana Sdn. Bhd. sangat mudah. Pastikan anda memiliki RM7000 dan semuanya di hujung jari. Tiga bulan tempoh perkhidmatan. Itu perjanjian yang akan dipatuhi Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Tidak kurang mahupun lebih biarpun sedikit.
Tiga bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan.

Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu....


Sedang dalam usaha untuk mencari novel Impiana II, Impiana III (Misteri Terbongkar) dan Impiana IV (Finale)!


Dengar-dengar novel ini mungkin diadaptasi jadi drama tv, tapi mereka tolak, betulkah??

4 comments:

  1. Wooo!! Ive read this book ouh!!awesome..cuak kot..even nipis, tapi bestt..=)

    ReplyDelete
  2. @Nadia Johary Yap! Kasihan kat watak-wataknya, geram sangat dengan Syarikat Impiana tu huhu.

    ReplyDelete
  3. ehh , saya da bace novel nie , best ohh ..
    thank bw kat blog saya

    ReplyDelete
  4. @tasya :) Sama-sama! Best kan!! Teringin sangat agar Ain Maisarah adaptasikan jadi drama bersiri, mesti best hehe :P

    ReplyDelete